Kelas Microsoft Word Individu

24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas Microsoft Word secara individu. Peserta yang merupakan pengguna tetap di Pusat Internet ini sejak awal tahun 2020 berminat untuk mengikuti kelas asas Microsoft Office bagi melakukan tugasan kerja beliau. Peserta telah ditunjuk ajar cara-cara menggunakan butang-butang yang terdapat pada Word tersebut. Antara butang yang diperkenalkan ialah kepelbagaian bentuk huruf, saiz huruf, penjajaran, serta banyak lagi. Selain itu, beliau turut diberikan tunjuk ajar cara mencari kalimah atau gambar yang diperlukan di carian Google.

Oleh itu, peserta dapat menyalin dan menampal gambar tersebut pada Word yang digunakan. Sepanjang kelas, peserta turut memberikan maklumbalas yang sangat baik terutama setiap kali menggunakan butang-butang yang telah dipelajari sepanjang kelas berlangsung. Kelas bermula pada jam 2:00 petang dan tamat pada jam 5:00 petang, iaitu berlangsung selama 3 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali